السلام عليكم
Assalamualaikum wrbth...
Bersempena dengan permulaan aQ dalam dunia perkongsian melalui Blog ini dengan ucapan salamku kepada pembaca, inginku huraikan pada permulaan bicaraku ini dengan sesuatu yang berkait dengan Akidah dan Akhlak bagi seseorang Muslim iaitu MEMBERI SALAM.
Memberi salam adalah amat digalakkan dlm Islam. Makna ucapan "Assalamualaikum" sudah dapat menggambarkan kemulian ucapan ini. Dengan bermaknakan "Selamat sejahtera ke atas kamu", apabila setiap kali kita mengucapkannya, kita akan mendoakan kesejahteraan kepada individu@kumpulan yang ditujukan ucapan tersebut. Salam bukan sekedar ungkapan kasih-sayang, tetapi juga satu ungkapan yang di wujudkan dalam bentuk doa pengharapan agar selamat dari segala macam duka-derita.
Hukum memberi salam adalah sunat kepada sesama Muslim, dan hukum menjawab salam adalah WAJIB bagi sesama muslim. Memberi salam tidak sepatutnya mengira pangkat, darjat dan peringkat orang yang diberi salam. Di sini aQ ingin mengambil kesempatan untuk menegaskan bahawa, memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang.
Sebagai umat Islam, hendaklah kita sama-sama menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan memberi salam apabila bertemu sesama Muslim, walaupun terhadap kanak-kanak.
“Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
**NOTE: aQ mungkin mengambil masa untuk update Blog ini kerana kurangnya masa lapang bagiku. Sebarang komen dan perkongsian Anda adalah amat dialu-alukan. Untuk sebarang perkongsian dan bantuan tentang masalah peribadi, emailkan kepada staQustika@yahoo.com.
Maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam coretan di atas, dan maaf juga kerana kubahasakan diriku aQ dalam Blogger ini. Thanks for reading..
InsyaALLAH.. sama-sama kita mencari konklusi masalah dalam kehidupan... " :) give me a smile"

No comments:
Post a Comment